top of page

Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan MUET    Jab. Bahasa    Bilik CIAST, IPGKPT
1 Mac 2018    

23 orang pelajar

         Satu bengkel untuk pelajar Semester 4 dan 8 telah diadakan pada 1 haribulan Mac 2018 bersamaan hari Khamis.  Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik menjawab Peperiksaan MUET bagi semua 23 calon yang akan mengambil Peperiksaan MUET pada 7 dan 10 Mac.  Pensyarah Jabatan Bahasa, Puan Rusmanizah bt Ustati telah mengendalikan bengkel ini. Beliau telah menjalani latihan MUET yang dianjurkan oleh IPGM.  
         Dalam bengkel ini semua peserta bengkel telah diberi pendedahan tentang teknik menjawab ujian lisan, mendengar, pemahaman dan penulisan.  Setelah menjalani bengkel ini peserta lebih bersedia untuk Peperiksaan MUET yang akan mereka duduki kelak.

bottom of page